‘Blogger’ seakan hina laungan azan di radio, Yusuf Azmi gesa polis ambil tindakan

‘Blogger’ seakan hina laungan azan di radio, Yusuf Azmi gesa polis ambil tindakan

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) Yusuf Azmi sememangnya antara yang lantang dalam membanteras golongan yang menghina agama Islam serta bangsa Melayu.

Beliau yang telah melakukan laporan polis besar-besaran di Ibu Pejabat Polis Brickfields semalam berhubung isu sebuah kelab komedi yang ‘melahirkan’ banyak kejadian yang menghina sensitiviti masyarakat nampaknya sangat tegas dalam urusan sebegitu.

Ada lagi yang buat tindakan biadap
Kali ini, menerusi Insta Story terbarunya, beliau telah berkongsi video seorang blogger yang seakan mengajuk laungan azan di radio kenderaan yang dinaiki olehnya.

Biadap dan sengaja uji kesabaran
Dalam kapyen yang disertakan, Azmi merasakan tindakan tersebut sangat biadap dan seakan sengaja menguji kesabaran orang Islam.

Beliau turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat hal tersebut kerana dilihat sangat tidak patut terjadi dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini.

Terdahulu, Yusuf Azmi dengan tegas telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan semua benda boleh dijadikan bahan lawak lebih-lebih lagi melibatkan agama dan bangsa.

Beliau yang hadir dengan puluhan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelawak terkenal, Shahrol Shiro dan pengarah, Syamsul Yusuf mendedahkan yang dirinya rela mogok di hadapan sebuah premis kelab komedi di Kuala Lumpur selagi tiada tindakan dari pihak polis berhubung gesaan penutupan tempat terbabit.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*