Speaking Omputih, Gaya UAI Perjelaskan Ibadah Korban Tarik Perhatian

Speaking Omputih, Gaya UAI Perjelaskan Ibadah Korban Tarik Perhatian

Tular di laman sosial apabila Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI kelihatan tenang ketika menjawab persoalan mengenai ibadah korban yang diajukan oleh dua orang minah saleh dalam bahasa Inggeris di Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Wan Lukman Hakim di laman Facebook nya, kelihatan Ustaz Azhar Idrus begitu fasih dan tidak mempunyai masalah untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh wanita itu meskipun menggunakan bahasa antarabangsa.

Kehebatan pendakwah terkenal ini tidak dapat disangkal lagi walaupun pada kebiasaannya Ustaz Azhar Idrus menyampaikan dakwah dalam berbahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen yang terkejut dengan kebolehannya dan berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Malah, rata-rata warganet turut memberi pendapat bahawa Ustaz Azhar Idrus boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam menyampaikan ceramah agama selepas ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*