Luahan di pusara isteri tular

Luahan di pusara isteri tular

TEMERLOH – Semoga satu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga, itu perkongsian seorang penyelia ladang, Izrul Mat Taib, 30, dari Muadzam Shah dalam laman sosial yang menjadi tular.

Ia berikutan ucapan itu diluahkan ketika melawat pusara isterinya Allahyarham Norehan Zainal, 26, di Felda Jengka 19 di sini Selasa lalu sempena sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka.

Allahyarham Norehan meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana komplikasi darah beku pada jantung ketika dalam tempoh berpantang.

Sehingga kini, perkongsian Izrul di laman Facebook miliknya mendapat 6.4k tanda suka, 725 komen dan 1.4k perkongsian.

Ujar Izrul, beliau tidak menjangka luahan dan ucapannya terhadap isterinya menjadi tular.

“Perkahwinan kami genap dua tahun pada 8 September lalu dan saya membawa anak perempuan saya, Annur Ayesha, 9 bulan, ke pusara ibunya di Felda Jengka 19.

“Sehingga kini, segala kenangan bersama arwah isteri akan sentiasa tersemat di hati sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Gelagat Annur ketika dibawa mengunjungi pusara ibunya.
Izrul berkata, memang terdapat permintaan untuk menjadikan anak tunggalnya itu sebagai anak angkat.

“Saya menolak kerana dia satu-satunya anak saya. Biarlah saya jaga sendiri. Buat masa ini bila pergi kerja, ibu saya akan menjaga Annur.

“Annur pun macam memahami, tidak banyak ragam dan mudah dijaga. Bagi saya tidak membebankan,” ujarnya.

Mengimbau pemergian Allahyarham isterinya itu, Izrul berkata, pelbagai petanda muncul sebelum isterinya meninggal dunia.

“Banyak petanda diberikan; antaranya pesanan supaya menjaga anak yang ditahan di wad Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), ajar cara mandi dan macam-macam,” katanya.

Izrul bagaimanapun tidak menolak untuk berkahwin semula walaupun buat masa ini fokusnya untuk anak tunggalnya itu.

“Jika ada jodoh yang sesuai, saya tidak menolak demi masa depan anak,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*