
Ketahui simptom dan rawatan virus Kawasaki serta kaitannya dengan Covid-19, ini kata pakar kesihatan
BARU-BARU ini media melaporkan anak kedua pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dijangkiti virus Kawasaki.Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan kerana virus tersebut jarang kedengaran dan agak asing dijangkiti kanak-kanak di negara ini .
Menurut MyHeart Community virus Kawasaki pertama kali direkodkan pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr. Tomisaku Kawasaki. Lebih 75 peratus pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah lima tahun dan selalunya menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.Jika penyakit itu dapat dikesan dan mendapat rawatan awal.
Demam panas antara 38.3 hingga 39.4 darjah Celsius melebihi empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula
Kelenjar membesar terutamanya di leher
Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan
Konjunktivitis iaitu mata merah tetapi tidak berair
Lidah merah dan bengkak serta bibir pecah
Ruam yang sangat teruk pada kulit
Kemerahan pada tempat suntikan BCG
Kulit menggelupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu.
Simptom virus ini datang dalam tiga peringkat. Ia boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke-10 hingga 14 selepas simptom pertama bermula.Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke-25 virus itu muncul. Virus tersebut juga boleh berterusan sampai lapan minggu.
Bila ibu bapa perlu jumpa doktor?Jika ibu bapa melihat suhu badan anak menjadi sangat tinggi dalam tempoh yang lama dan tidak sembuh dengan makan ubat demam. Selain itu, anak mengalami salah satu daripada simptom Kawasaki itu maka, segeralah berjumpa engan doktor terutama jika bayi berumur bawah satu tahun.
Terdapat dua rawatan utama yang diberikan kepada pesakit iaitu intravenous immunoglobulin (IVIG) dan aspirin.Sementara itu, dalam kes kanak-kanak di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Itali menunjukkan beberapa simptom penyakit Kawasaki yang mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan mempunyai kaitannya dengan Covid-19.
Mereka juga menunjukkan tanda-tanda sindrom kejutan toksik atau masalah gastrousus termasuk sakit perut, muntah dan cirit-birit.Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan British berkata, mereka telah melihat peningkatan bilangan kanak-kanak lebih tinggi daripada biasa yang mengalami sindrom keradangan dan pada masa sama didapati positif Covid-19.
Lantas ia memberi spekulasi kemungkinan berkaitan dengan penyakit Kawasaki itu atau mungkin ada satu lagi patogen berjangkit yang belum dikenal pasti dengan kes tersebut.Walau bagaimanapun, amaran telah dihantar kepada doktor supaya mereka boleh memantau sebarang kes yang timbul dan memberikan rawatan yang betul kepada kanak-kanak secepat mungkin.
Menurut Pakar Kesihatan Kanak-Kanak dan Penyakit Kawasaki dari Universiti Sydney, Australia, Profesor Robert Booy, jika ada kaitan Covid-19 dengan virus tersebut ia mungkin jarang berlaku.Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 akan mengalami simptom ringan atau tiada simptom malah, mereka juga mengalami masalah pernafasan dan bukannya keradangan
Terdapat peningkatan laporan penyakit yang kita lihat pada orang dewasa dengan kemerosoton mendadak selepas satu minggu adalah disebabkan oleh perubahan dalam pembuluh darah dan bukannya perubahan dalam paru-paru.Penyakit Kawasaki dan kejutan toksik adalah penyakit yang kebanyakannya menjejaskan pembuluh darah,” katanya yang bertugas di Murdoch Children’s Research Institute, Australia.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply