Ambil tindakan tegas individu menghina Islam

Ambil tindakan tegas individu menghina Islam

Kuala Lumpur: Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang menghina kesucian agama Islam dan menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap wanita yang didakwa menghina Islam dalam video yang tular baru-baru ini.

“Saya mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan seumpama ini.
“Saya menyeru pihak berwajib supaya mengambil tindakan tegas menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada supaya ia tidak terus menjadi amalan dan budaya di negara tercinta ini,” katanya dalam kenyataan.Beliau berkata demikian merujuk rakaman video seorang wanita tular mengaku sebagai Muslim berasal dari Kuala Kangsar dan mendakwa sudah menghafal 15 juzuk ayat suci al-Quran sebelum menanggalkan baju kurung dan tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Mengulas lanjut, katanya, perbuatan wanita itu menghina Islam dan mencabar sensitiviti, keharmonian masyarakat berbilang amalan, agama dan kepercayaan negara ini.

“Kita harus menghantar mesej jelas, walaupun kita menjunjung hak dan kebebasan bersuara, kita tidak akan berkompromi dengan apa-apa jua bentuk perlakuan yang menghina kesucian Islam dan menyentuh sensitiviti masyarakat seluruhnya,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amira Abdullah dalam satu acara di sebuah kelab di TTDI, di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya Melayu dan Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*