Bekas PM Jepun, Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Bekas PM Jepun, Shinzo Abe Disahkan Meninggal Dunia Selepas Ditembak

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang berada dalam keadaan kritikal sebelum ini yang cedera parah ditembak menggunakan senapang patah di bahagian dada telah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Perubatan Nara.

Menurut laporan CNN, bekas pemimpin dunia yang berusia 67 tahun itu ditembak ketika memberikan ucapan di Nara, hari ini k telah dikejarkan ke hospital Universiti Perubatan Nara untuk menerima rawatan kecemasan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 pagi (8.30 pagi IST) di mana Abe sedang memberi ucapan mengenai kempen pilihanraya Ahad di sebuah lokasi dan pada ketika itu, Tetsuya Yamagami telah melancarkan serangan terhadapnya.

Ekoran daripada insiden itu, suspek lelaki yang merupakan bekas anggota tentera laut atau Japan Maritime Self Defense-Force, telah ditahan di tempat kejadian selepas melepaskan dua das tembakan kepada Abe.

Hasil soal siasat mendapati, Yamagami yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu mengakui dia telah menyimpan dendam terhadap bekas pemimpin kuasa besar itu.

Untuk info, Shinzo Abe adalah perdana menteri yang paling berkhidmat sebelum beliau mengumumkan keputusannya untuk undur diri sebagai pemimpin pada tahun 2020 yang disebabkan oleh penyakit kroniknya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*