Gesa kerajaan kembalikan subsidi tangani kenaikan harga barang

Gesa kerajaan kembalikan subsidi tangani kenaikan harga barang

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, mengadakan ‘flash mob’ di tiga lokasi di sini pada Rabu bagi menyuarakan bantahan kenaikan harga barang.

‘Flash mob’ diadakan bermula jam 10 pagi itu bermula di simpang empat sebuah pasaraya di Masai kemudian bergerak ke hadapan Plaza Pelangi pada jam 11.30 pagi dan akan berakhir di Taman Daya Tebrau pada jam 1.30 tengah hari.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa anggota polis dilihat mengawasi keadaan di lokasi bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandangkan lokasi terletak di kawasan tumpuan ramai.

Beberapa kenderaan turut membunyikan hon namun keadaan terkawal dan kumpulan flash mob disertai hampir 30 orang itu bersurai dalam tempoh 20 minit.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, isu utama yang dibawa ialah kerajaan perlu mengembalikan subsidi barang makanan seperti minyak masak dan menangani kenaikan kos sara hidup.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) berkata, ‘flash mob’ yang diadakan itu melibatkan PKR Cabang Tebrau, Johor Bahru dan Pasir Gudang selain turut disertai aktivis masyarakat

“Sepatutnya kerajaan tidak boleh potong subsidi, nak potong subsidi lain boleh tapi bukan barang makanan.

“Ayam merupakan protein paling murah. Mudah sahaja mereka naikkan harga siling ayam dari RM8.90 kepada RM9.40 sekilogram. Rakyat mohon kerajaan kembalikan semula subsidi ini,” katanya ketika ditemui selepas ‘flash mob’ di Plaza Pelangi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Harga barang : https://shope.ee/q66EOxB5v

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*