“Misi saya berkahwin memang nak anak…”- Emma Maembong

“Misi saya berkahwin memang nak anak…”- Emma Maembong

Pelakon cantik, Emma Maembong mendedahkan dirinya dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja selesai berpantang anak pertama, Shariq Gabriel.

Memetik laporan mStar, meskipun Emma dan suami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua, namun mereka percaya Allah mahu berikan petunjuk supaya lebih berikan perhatian kepada anak pertama.

“Saya memang ada mencuba untuk mendapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Saya sebenarnya memang merancang untu dapatkan anak cepat.

“Kalau boleh lepas habis berpantang anak pertama, saya nak cuba terus untuk dapatkan anak kedua. Tapi, itulah kadangkala kalau kita hendakkan sesuatu pasti susah untuk dapat,”ujar Emma Maembong.

Kata pelakon berusia 30 tahun, misi utama dirinya mendirikan rumah tangga adalah memiliki anak yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai sebelas orang adik-beradik dan suka menjaga anak-anak saudara.

“Sesetengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali cepat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan selalu jaga anak-anak buah.

“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi, belum rezeki. Mungkin Allah nak saya beri perhatian kepada anak pertama,”terang Emma.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak, Shariq Gabriel.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Ubat mudah mengandung : https://shope.ee/AqNoLH9N2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*