Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas – Fizi Ali

Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas – Fizi Ali

KUALA LUMPUR : Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, tiba-tiba memuat naik status sindiran berhubung percintaan dengan suami orang.

Hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Insta Story milik Fizi secara tidak langsung mengundang tanda tanya daripada pengikutnya.

Bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan secara terus siapakah individu yang dimaksudkan atau kepada siapakah status itu ditujukan.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya.

“Ingatkan sudah insaf. Sambung balik, tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas,” coretnya ringkas.

Terdahulu, Fizi pernah melepaskan rasa kesal dan amarahnya terhadap bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri.

Sebagai informasi, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan bercerai tiga tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*