
“Selamat datang ke dunia, anak keduaku…”-Isteri Syahmi Sazli selamat bersalin bayi lelaki
Youtuber muda yang berasal dari Kelantan ini, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Anissa Faizul selamat menimang cahaya mata kedua hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syahmi menerusi laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar dia dan bayi lelakinya dalam sebuah wad.
View this post on Instagram
Selamat datang ke dunia, anak keduaku, Khabib Umar
Berdasarkan muat naik tersebut, pemilik nama Muhd Syahmi Sazli turut berkongsi nama anak lelakinya iaitu Khabib Umar.
“Selamat datang ke dunia, anak keduaku, Khabib Umar,”tulisnya ringkas di hantaran Instagram.
Meninjau ke laman InstaStory isteri Syahmi Sazli, dia juga berkongsi gambar anak lelaki mereka
Alhamdulillah, tahniah buat Mie dan Nissa!
Perkongsian berita gembira itu dipenuhi dengan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi lelaki mereka menjadi seorang anak yang soleh di dunia dan akhirat.
Untuk rekod, Syahmi mendirikan rumah tangga bersama Anissa Faizul pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ainul Mardhiah yang kini berusia 3 tahun dan kini bertambah seorang bayi lelaki.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Syahmi Sazli perfume : https://shope.ee/5fBH1QBc6D
Leave a Reply