Gagal 11 kali dalam perkahwinan, warga emas tak putus asa… berharap temui suami ke-12

Gagal 11 kali dalam perkahwinan, warga emas tak putus asa… berharap temui suami ke-12

Monette enggan berputus asa dan mengharapkan agar dia dapat menemui kebahagiaan sekali lagi. Foto: TLC
IMPIAN seorang wanita untuk bergelar seorang isteri hancur lebur selepas tunangnya membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Monette Dias, 52, dari Amerika Syarikat sudah pun menempuhi 11 perkahwinan sepanjang hidupnya namun kesemuanya berakhir di tengah jalan.

Dia yang merupakan seorang pereka dalaman mengharapkan hubungan cinta bersama tunangnya, John, berakhir dengan perkahwinan namun hasrat itu tidak kesampaian.

Monette muncul dalam rancangan ‘TLC Addicted to Marriage’, di mana dia meluahkan harapan untuk mencari suami ke-12 dan yang terakhir dalam hidupnya.

Dalam rancangan tersebut, Monette mendedahkan perkahwinan dengan John tidak dapat diteruskan selepas berlaku pertengkaran.

“Sangat menyakitkan untuk saya mengalami kegagalan lagi, terutamanya dalam hubungan ini di mana saya berusaha keras untuknya,” katanya.

Monette walaubagaimapun enggan berputus asa dan mengharapkan agar dia dapat menemui kebahagiaan sekali lagi.

“Saya masih akan berpegang pada harapan untuk akhirnya mempunyai sebuah perkahwinan yang berkekalan,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*