Datuk Bandar di Mexico berkahwin dengan buaya

Datuk Bandar di Mexico berkahwin dengan buaya

MEXICO: Jodoh memang tidak pernah salah alamat, sama ada cepat atau lambat kalau sudah tertulis ia pasti menjadi milik kita.

Di Mexico, seorang Datuk Bandar melamar seekor buaya yang lengkap dipakaikan gaun pengantin demi meneruskan upacara tradisi di negeri itu.

Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Victor Hugo Sosa ‘berkahwin’ dengan buaya itu sebagai sebahagian daripada ritual tradisi orang asli untuk membawa ‘rezeki’ ke kampung di barat daya Mexico.

Upacara itu turut dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.

Buaya betina yang dinamakan Little Princess dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudian dibaptiskan sebelum Sosa melafazkan ikrar perkahwinan.

Pengantin lelaki turut memberikan ciuman kepada isterinya.

Reptilia berusia tujuh tahun itu dipercayai sebagai dewa yang mewakili ibu pertiwi dan perkahwinan dengan pemimpin tempatan melambangkan penggabungan manusia dengan alam lain.

Majlis penuh warna-warni itu turut diserikan dengan persembahan muzik tradisional dengan tetamu bersorak kegembiraan.

“Kami meminta alam supaya hujan turun dengan cukup, makanan serta mempunyai sumber ikan di sungai,” kata datuk bandar itu.

Oaxaca terletak di selatan Mexico yang mempunyai ramai penduduk miskin.

Mexico merupakan negara paling kaya dengan budaya orang asli dan masih mengekalkan bahasa serta tradisi mereka.

San Pedro Huamelula ialah sebuah perkampungan nelayan kecil di pantai Pasifik Oaxaca.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Link buaya ni budak-budak suka : https://shope.ee/1pyY8gQabg

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*