“Jaga diri Shuk…tolong kuat dan kita sama2 ‘move on'” -Sera

“Jaga diri Shuk…tolong kuat dan kita sama2 ‘move on'” -Sera

Sejak pagi tadi, video TikTok menunjukan pelawak terkenal, Shuk Sahar yang berbaju serba hitam hadir ke Mahkamah Syariah seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bakal berakhir.

Shuk pergi mahkamah syariah
Perkongsian tersebut juga turut disertakan dengan beberapa hashtag seperti akubukanjodohnya, akutitipkandialanjutkanperjuanganku dan semogadipermudahkanurusan..

Ia memberi bayangan seolah-olah hubungan mereka suami isteri bakal menemui noktah selepas kontroversi yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Minta Shuk jaga diri, sama2 move on
Susulan daripada itu, Sera juga telah berkongsi satu video menunjukan dirinya sedang memegang sejambak bunga dan menitipkan kapsyen meminta agar Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar supaya menjaga diri.

Dalam pada itu, wanita kelahiran Sabah berkenaan juga turut mengucapkan terima kasih kepada pelawak berkenaan dan akan selalu mendoakan serta menyokongnya supaya boleh bekerja dengan lebih gigih demi masa depan anak-anak mereka.

Dia yang dilihat lebih kuat dan tabah kini berharap supaya mereka boleh sama-sama ‘move on’ dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Hargai isteri ketika dia masih ada
Perkongsian daripada Sera itu telah membuatkan banyak pihak memuji kecekalan hati wanita muda terbabit dalam mengharungi pelbagai dugaan rumah tangga.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat agar Sera terus melihat kehadapan dan memulakan kehidupan baru dengan lebih baik.

Selamat tinggal Shuk

Sera layak bahagia macam orang lain

Peluang yang dah diberi banyak kali, tapi disia-siakan

Good job sis. Teruskan melangkah
Semoga Allah beri yang terbaik untuk Sera

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Rak Dapur Baru : https://shope.ee/7pFikMkROK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*