“Aku bukan jodohnya..” – Video di mahkamah, Shuk bakal berpisah dengan isteri?

“Aku bukan jodohnya..” – Video di mahkamah, Shuk bakal berpisah dengan isteri?

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera bakal berakhir dengan perpisahan.

Menerusi satu muat naik di aplikasi TikTok, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu dilihat seperti berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam.

Menerusi rakaman 24 saat itu, kelihatan Shuk memakai kemeja hitam dan bersongkok dengan lagu latar belakang berjudul ‘Aku Bukan Jodohnya’ nyanyian Tri Suaka.

“#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya,” tulis pelawak berusia 36 tahun itu meletakkan hashtag.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen masih menyalahkan sikap curang Shuk sebelum ini sekali gus menjadi punca ‘masjid’ yang dibina selama ini bergoyah.

Bagaimanapun, segelintir individu mendoakan terbaik buat pelawak tersebut dan berharap agar dia mengambil pengajaran atas apa yang telah terjadi dan tidak mengulangi kesilapan sama.

Salah pilih jalan

Moga dipermudahkan

Moga ada keinsafan & penyesalan

Masing2 ada dugaan berbeza

Doa banyak2, ada masa perbetulkan & hargai

Selasa lalu, Rossa atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi temu bual program MeleTOP mengakui hubungan mereka sudah menemui noktah.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Bergaya di Hari Raya Aidiladha : https://shope.ee/3fPSlJUu5B

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*