
Ramai puji penampilan Lisa Surihani di Meletop -“Secalit make up pun tiada di wajah”
Nama Lisa Surihani bukan lagi asing dalam industri seni Tanah Air. Bakat lakonan aktres cantik itu tidak boleh dinafikan lagi dan deretan filem lakonannya pernah menjadi bualan suatu masa dahulu.
Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan tampil dengan imej berhijab, Lisa yang kini bergelar Datin dilihat lebih menumpukan kehidupan kepada keluarga.
Kongsi kisah penghijrahan
Walau bagaimanapun, dia tetap rajin berkongsi momen kesehariannya di media sosial dan para peminat dapat melihat penghijrahannya menjadi lebih baik.
Semalam, Lisa telah diundang ke Meletop bagi berkongsi serba sedikit perjalanan penghijrahannya seperti yang kita lihat sekarang.
Banyak perkongsian bermanfaat
Selain daripada perkongsian-perkongsian yang bermanfaat daripada Lisa dan juga dua pengacara hebat, Nabil Ahmad serta Uyaina Arshad, beberapa penonton Meletop juga memuji penampilan pelakon itu yang tetap cantik walaupun hadir tanpa menggunakan sebarang makeup.
Hal tersebut dikongsikan juga satu akaun TikTok yang kebanyakkan komen di dalamnya memuji keayuan isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim kerana cukup sederhana.
Ni baru beauty with brain
Rata-rata komen yang ditinggalkan warganet bersifat positif lebih-lebih lagi Lisa yang membawa aura cukup baik untuk semua yang menonton.
Warganet juga akui yang kisah penghijrahan pelakon ‘Lagenda Budak Setan’ ini memberikan inspirasi buat mereka dan akan menjadikan pelakon berkenaan sebagai contoh untuk istiqomah dalam mempelajari agama.
Sejuk mata tengok artis Malaysia yang macam ni
Secalit warna pun tak ada dekat wajah Lisa
Lipstik pun tak pakai
Apa yang dia cakap menginspirasikan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Set Mekup Murah : https://shope.ee/1Ailmuv51v
Leave a Reply