TERGEMPARR”Kedai makan berkonsepkan ‘ditemani hantu’ dicemuh”

TERGEMPARR”Kedai makan berkonsepkan ‘ditemani hantu’ dicemuh”

Bagi mereka yang berniaga, pastinya akan menampilkan keunikan tersendiri bagi menarik perhatian ramai pengunjung seperti kafe yang dihias bertema watak-watak popular seperti Hello Kitty dan Harry Potter.

Namun, siapa sangka kreativiti yang diketengahkan oleh pengusaha salah sebuah kedai makan di Batu Caves telah mengundang rasa kurang senang di kalanga warganet.

Kedai makan berkonsepkan ‘hantu’ teman makan
Menerusi perkongsian di laman Facebook Malaysia Viral, memaparkan sebuah kedai makanan Char Kuey Teow dihiaskan dengan pelbagai jenis ‘props’ yang bertemakan hantu pada hampir seluruh premisnya.

Melihat kepada konsep ‘hantu’ teman pengunjung makan itu sememangnya menambahkan rasa seram, selain mereka tidak digalakkan untuk membawa anak-anak kecil meskipun hanya untuk menjamu selera sepinggan char kuey teow.

Dah macam tempat pemujaan
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet, di mana rata-rata mereka mengkritik konsep dan kelainan yang cuba diketengahkan oleh pengusaha premis berkenaan.

Mereka berpandangan bahawa kedai makan itu seperti tempat pemujaan dan bukannya lokasi sesuai untuk bersantap seisi keluarga. Ini berikutan terdapat banyak ‘entiti’ tergantung di sekitar kawasan kedai.

Malah, ada yang mengatakan ia tidak bersesuaian sekiranya pengusaha tersebut beragama Islam.

Macam manalah nak panggil rezeki tu datang kalau malaikat tak rahmat

Bukan setakat budak je takut, yang tua pun 2×5

Kalau pakai pelaris pun orang tak tahu

Difahamkan, kedai ini pernah tular pada tahun lalu disebabkan konsep ‘unik’ yang diketengahkan kepada ramai.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

costume ni dorang pakai: https://shope.ee/AqCb3Thdx

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*