Rindukan Mekah, penduduk kampung bina masjid mirip Ka’abah

Rindukan Mekah, penduduk kampung bina masjid mirip Ka’abah

Musim haji sudah tiba lagi. Dengan pandemik yang sudah mulai dapat dikendali, umat Islam di seluruh dunia kembali menjadikan kota suci itu tumpuan selepas hampir dua tahun jemaah yang mengerjakan ibadah tersebut terpaksa dihadkan.

Sebut sahaja tentang ibadah haji dan umrah, pasti kita semua akan teringatkan tentang binaan Ka’abah yang menjadi kiblat buat seluruh umat Islam di dunia.

Berdiri teguh di Masjidil Haram, setiap umat Islam yang melihatnya pasti akan berasa sebak dan terus terkenang akan kebesaran Allah S.W.T.

Bina masjid mirip Ka’abah
Namun begitu, menerusi laporan dari media Suara.com, satu binaan masjid yang sedang dibangunkan di Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat telah menjadikan rekaan Ka’abah sebagai rujukan untuk membina masjid baharu disitu.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh @terangmedia, dapat dilihat yang masjid tersebut dibangunkan hampir sama seperti Ka’abah.

Menurut kapsyen yang ditinggalkan, ia dibuat sebegitu rupa adalah untuk melepaskan rindu terhadap kota Mekah yang jauh beribu-ribu kilometer dari Indonesia.

Melihat dari posting yang dibuat itu, masjid berkenaan turut dicat dengan warna hitam dan berbentuk kotak. Walau bagaimanapun ia masih belum siap sepenuhnya.

Difahamkan, pembinaan masjid tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet tempatan kerana terkejut melihat persamaan yang cuba mereka lakukan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Gambar Ka’abah untuk ruang solat : https://shope.ee/AUGQ6VdpJa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*