Tiba2 tunjuk cincin, Abang Viva melamar teman wanita ketika ‘live’ TikTok?

Tiba2 tunjuk cincin, Abang Viva melamar teman wanita ketika ‘live’ TikTok?

Sebut sahaja tentang bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lalu pasti membuatkan kita teringat akan jasa bakti sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai negeri yang bersatu hati hadir membantu mangsa-mangsa bah.

Salah seorang daripada mereka adalah Azwan Omar yang mendapat jolokan Abang Viva kerana datang dari Melaka menaiki kereta Produa Viva seorang diri ke kawasan banjir di Selangor semata-mata mahu menghulurkan bantuan.

Melamar ketika live TikTok?
Selepas peristiwa itu, Abang Viva terus menjadi perhatian ramai dan telah mengumpul pengikutnya yang tersendiri di media sosial.

Kisah peribadinya turut mendapat perhatian dengan yang terbaru dia dikatakan telah melamar teman wanitanya secara siaran lansung di aplikasi TikTok.

Teman wanita malu2 kata terima
Dalam video itu, Abang Viva dengan santai telah melamar teman wanitanya sambil menunjukan cincin di kamera secara tiba-tiba sehingga membuatkan wanita itu sedikit terkejut.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak.

Lamaran ikut SOP ke bang? Betul jaga jarak
Menjengah ke ruangan komen rakaman video siaran langsung Abang Viva di TikTok yang dikongsikan semula oleh pengguna media sosial dikenali sebagai @arianaevee, ramai yang telah meninggalkan ucapan selamat pengantin baru kepada pemuda itu.

Mereka juga mendoakan agar urusan Abang Viva terus dipermudahkan lebih-lebih lagi untuk mendirikan rumah tangga selepas lamarannya diterima oleh wanita tersebut.

Cepat2 lah kawin kalau macam ni

Selamat pengantin baru bang!

Semoga lamaran diterima Kak Eva

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*