
“Kita ni pendosa, cukup-cukuplah. Kita perbaiki diri kita…” -Mak Wan Latah
Sejak semalam, beberapa pendedahan daripada bekas pengurus peribadi Mak Wan Latah berkenaan sikap pelakon itu telah mengejutkan ramai pihak.
Mana tidaknya, video yang dikongsikan di aplikasi TikTok @official_amell77 telah menunjukan beberapa tindakan Mak Wan Latah yang didakwa agak mencurigakan lebih-lebih lagi ia seakan satu ritual yang dianggap syirik.
Tak hanya itu, bekas pengurus peribadi Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61 juga memaklumkan yang dia telah membuat laporan polis berhubung kehilangan duit serta barang kemas miliknya yang diambil pelakon itu.
Pendedahan-pendedahan yang dibuat sudah tentu membuatkan banyak pihak terkejut memandangkan Mak Wan sering dilihat sebagai seorang pelakon yang cukup lembut dalam beberapa drama lakonannya.
Syafakallah buat diriku…
Disebabkan cerita-cerita kurang enak yang didengar berkenaan dirinya, Mak Wan telah memuat naik satu perkongsian di T!kTok dengan menitipkan pesanan secara umum bahawa diri kita ini pendosa dan seeloknya perbaikilah diri supaya senang ‘menjawab’ disana.
Walaupun tidak menujukan pesanan tersebut kepada sesiapa namun ia seakan ada hubungkait dengan pelbagai cerita-cerita berkenaan dirinya yang baru didedahkan oleh bekas pengurus peribadi.
Terdahulu, kisah peribadi Mak Wan menjadi sorotan selepas dia dan bekas suami bercerai setelah tiga bulan berumah tangga.
Menurut bekas suaminya, dia merasakan perkahwinan dengan pelakon itu sebagai satu episod hitam dalam diri dan menyifatkan Mak Wan sebagai seorang isteri yang tidak menghormati suami.
Walau bagaimanapun, pelakon senior itu hanya mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut dan enggan membuka aib mana-mana pihak berhubung penceraian yang berlaku antara mereka.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply