[VIDEO] ‘Putih memang tak takut air’

[VIDEO] ‘Putih memang tak takut air’

Gelagat seekor kucing jantan yang melompat masuk ke dalam sebuah akuarium untuk menangkap seekor ikan keli mencuit hati netizen susulan rakaman aksi haiwan itu tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

Pemiliknya, Sariah Mat Atar, 48, dari Felda Jengka 20 memberitahu, kucing bernama Putih itu memang tidak takut air.

“Saya sudah dua tahun pelihara Putih. Sebelum ini saya tidak pernah merakam gelagatnya namun pada hari tersebut saya berasa geli hati bila melihat gelagat Putih yang berjaya menangkap ikan keli

“Tapi selepas beberapa minit Putih tangkap, saya selamatkan ikan keli tersebut sebelum jadi mangsa Putih,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Putih yang menjadi kesayangan keluarga Sariah.
Klip rakaman video berdurasi 6.27 minit memaparkan aksi kucing berkenaan berjaya meraih 110,000 tontonan dengan lebih 1,000 tanda suka serta perkongsian dan 522 komen setakat ini.

Menurut Sariah, tidak disangka video yang dirakam untuk tujuan suka-suka itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh jirannya yang menggunakan profil nama, Hafiz Runner Temerloh Servis di laman Facebook.

Tambah suri rumah tersebut, dia juga memiliki beberapa ekor kucing lain kerana ahli keluarganya kebanyakannya peminat kucing.

Katanya, Putih adalah salah seekor kucing yang memiliki ragam tersendiri dan disayangi oleh mereka.

“Dua tiga hari ini, Putih buat perangai mencuit hati kami sekeluarga,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Link Makanan Kucing Viral: https://shope.ee/3V6bAExyKm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*