Peniaga Tepi Jalan Menangis Tengok Cikgu Ini Hanya Mampu Berbasikal

Peniaga Tepi Jalan Menangis Tengok Cikgu Ini Hanya Mampu Berbasikal

Bila sebut saja kerja makan gaji dengan kerajaan atau penjawat awam, tentu orang akan cakap “Wah… untung la kerja kerajaan, gaji tetap, cukup bulan masuk akaun, ada jaminan.. bla bla bla…”. Hakikatnya ada sesetengah daripada mereka yang hidupnya tetap susah dan terbeban seperti marhaen yang lain.

Seperti apa yang dilalui oleh seorang insan yang bergelar ‘guru’ ini. Kehidupannya tidak terlihat indah seperti guru-guru yang lain. Ikuti kisahnya yang telah dikongsikan oleh seorang hamba Allah ini….

“Kisah seorang guru yang sangat menyedihkan apabila semuanya terpaksa dilakukan seorang diri. Ketika mentari senja sedang berlabuh, aku dan teman-teman sedang berkemas untuk menutupi peniagaan ikan kami. Terlihat seorang wanita sedang mengayuh basikal dan menggalas bag seperti bag sekolah.

Sering kali kami lihat wanita ini kayuh basikal, kadang kala bawa anak kecil. Pernah ketika hujan pun dia redah dengan basikalnya. Ternampak beliau singgah beli kuih di sebelah gerai kami. Tergerak hati nak berikan sedikit ikan padanya.

Kawan aku pergi berjumpa dan panggil wanita itu sambil aku isikan ikan ke dalam plastik. Ketika wanita itu datang ke gerai kami, sempat juga bersembang dan bertanya beliau dari mana nak ke mana sebab selalu nampak dia naik basikal.

Katanya ini je kenderaan yang dia ada. Kereta dah kena tarik, suami dah tak mampu berkerja, s4kit stroke OKU dan beliau mempunyai 6 orang anak. Beliau bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah, kadang kala pergi kerja tumpang orang atau naik grab.

Aku dan rakan tak sanggup nak dengar cerita wanita itu lagi, terus kami bungkuskan ikan dan ketam dan berikan pada wanita itu. Beliau rasa terharu, nung…aku cuba menahan air mataku dari keluar..ku lihat rakan-rakanku juga bergenang air mata, hinggakan kami terfikir nak maklumkan pada UEL (Ustaz Ebit Lew) atau insan yang berada agar dapatkan sumbangkan motorsikal pada guru yang diberikan ujian dan dugaan hidup ini. Insyallah.”

Kredit : Ibnu Razak via Sahabat Guru Malaysia

p/s – Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu ini. Kadang-kala yang kita nampak pekerjaan seseorang itu cuma indah khabar dari rupa saja. Tapi kita tidak tahu betapa struggle-nya mereka dengan komitmen yang perlu ditanggung.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*