
IMAM TARAWIH MASJID NABAWI MENINGGAL DUNIA
MADINAH: Imam Masjid al-Qiblatein, di sini, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari telah meninggal dunia pada pukul 8 pagi tadi (waktu Arab Saudi).
Memetik ciapan di Twitter Haramain Sharifain, Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Al Baqi.
Allahyarham sebelum ini dilantik untuk mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Nabawi, pada Ramadan 1439H/ 2018M. — AlHijrah Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply