Tanah Arab jadi pilihan, Neelofa teruja mahu berhijrah tahun depan

Tanah Arab jadi pilihan, Neelofa teruja mahu berhijrah tahun depan

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi menyambung belajar serta mendalami ilmu hadis sekitar awal atau pertengahan tahun depan.

Menurut laporan Kosmo! Online, selebriti berusia 33 tahun itu akan pergi bersama keluarga setelah berbincang dengan suaminya, Haris Ismail sejak mereka mendirikan rumah tangga.

“Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana,” katanya.
Namun begitu, bekas pengacara MeleTOP itu dan suaminya masih belum membuat keputusan dalam pemilihan lokasi bersesuaian

“Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain yang sesuai.
“Sebab bila sudah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja.
“Kalau boleh saya nak Muhammad Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang-kurangnya dia pun dapat belajar bahasa ketika berada di sana nanti,” ujarnya.
Tambah Neelofa, dia sudah lama berhasrat melanjutkan pengajian di Timur Tengah kerana berminat untuk mempelajari bahasa lain.

“Namun ketika itu, tidak ada kos yang dibuka untuk pelajar wanita, Perasaan ketika ini lebih ke arah teruja hendak ke sana berbanding rasa gementar,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Link baju Nelofa&suami: https://shope.ee/3fPyhS9bms

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*