Dana untuk Zamani hampir cecah RM60k, Paknil cakap -“Terima kasih semua!”

Dana untuk Zamani hampir cecah RM60k, Paknil cakap -“Terima kasih semua!”

Beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan keadaan penyanyi pop rock popular, Zamani Slam di mana tular sebuah video persembahan nyanyian dalam keadaan ‘bengkok’.

Difahamkan, penyanyi berusia 51 tahun itu sebenarnya menghidapi penyakit scoliosis dan masih mendapatkan rawatan susulan sehingga kini.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penyanyi itu, seorang pengacara terkenal iaitu Aznil Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil membuat keputusan untuk membantu Zamani mengumpul dana pembedahan

Alhamdulillah, terima kasih semua
Hanya mengambil masa 24 jam sahaja, Paknil memaklumkan kutipan dana tersebut sudah ditutup dan berjaya mengumpul hampir RM60,000.

“Kutipan Bantuan Untuk Zamani telah hampir mencecah RM60K. Paknik ingin umumkan kutipan itu akan kita hentikan tepat 12 malam ini.

“Diharap semua pihak ambil maklum. Terima kasih atas bantuan luar biasa anda.”tulisnya pada hantaran di laman Instagram semalam.

Syukur dan terima kasih, Paknil!
Perkongsian itu menerima pujian di kalangan warganet dan ramai meluahkan kesyukuran atas kesudian pengacara berusia 60 tahun itu membantu membuat kutipan dana bagi penyanyi tersebut.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*