
Pelakon Veteran Popular Rima Melati Meninggal Dunia Pada Usia 84 Tahun
Khabar duka dari tanah seberang, pelakon veteran terkenal Indonesia, Rima Melati telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di RSPAD Gatoet Soebroto, Jakarta.
Pelakon tersebut yang juga pernah duduk di kerusi pengarah telah dimasukkan ke hospital pada awal Jun 2022 dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Perihal kematian pelakon veteran ini telah disampaikan oleh menantu mendiang, Marisa Tumbuan menerusi Insta-story.
“Telah berpulang dengan tenang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa, Ibu Rima Melati, ibunda dan mentua terkasih kepada Aditya Tumbuan dan Marisa Tumbuan pada hari Khamis, 23 Jun 2022, pukul 3.14 petang di RSPAD Jakarta Pusat.
“Mohon doa dan mohon dimaafkan semua kesalahan-kesalahan beliau. Tuhan memberkati kita semua. Amin,” tulisnya.
Menurut maklumat yang disampaikan Marisa, ketika ini jenazah mendiang ibu mentuanya telah ditempatkan di Ruangan Kamboja, RSPAD sebagai lokasi rumah duka untuk tetamu memberikan penghormatan.
Rima Melati atau nama asalnya Marjolien Tambajong dilahirkan pada 22 Ogos 1937 merupakan anak kepada pereka fesyen terkenal Indonesia ketika itu, Non Kawilarang.
Sepanjang hidupnya sebagai anak seni, wanita kelahiran Tandano, Sulawesi ini pernah memenangi Piala Citra pelakon wanita terbaik pada tahun 1973. Piala Citra merupakan sebuah anugerah tertinggi untuk menghargai bakat pemain seni Indonesia.
Mendiang Rima bekahwin dengan Frans Tumbuan pada 1973 sehingga kematian suaminya itu pada 2015. Hasil pernikahan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply