
Hukum Solat Jumaat
Jumaat itu datang daripada bahasa Arab ju-mu-’ah yang bermaksud menghimpunkan. Mengapa menghimpunkan? Dalam agama Islam, pada hari Jumaat terdapat satu solat khas untuk orang Islam berhimpun di masjid iaitu solat Jumaat. Solat Jumaat dilakukan ketika waktu zuhur dan menggantikan solat zuhur itu sendiri. Jadi, kalau sudah solat Jumaat, tidak perlu lagi melakukan solat zuhur kerana solat Jumaat itu menggantikan solat zuhur.
Hukum Solat Jumaat
Allah berfirman dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9, “Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),”
Haram bagi mereka untuk meninggalkan solat Jumaat, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.” (Riwayat Abu Daud).
Sekiranya tertinggal solat Jumaat, maka wajiblah gantikan dengan solat zuhur.
Kesimpulan
Hukum solat Jumaat itu wajib bagi lelaki dan harus bagi perempuan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Link sejadah : https://shope.ee/8zRTx62q6D
Leave a Reply