“Kalau bank tak kosong, awak tak rasa kosong kan?” -Soalan Pak Nil buat Shuk kelu

“Kalau bank tak kosong, awak tak rasa kosong kan?” -Soalan Pak Nil buat Shuk kelu

Kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sememangnya sudah diketahui umum apabila dakwaan berlaku curang terhadap isteri berlegar-legar di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia yang sudah menjual rumah mewah di Denai Alam nampaknya telah memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang apabila kurang mendapat tawaran dalam dunia hiburan disebabkan masalah yang berlaku.

“Apakan itu dinamakan kemaruk?”
Oleh itu, menerusi perkongsian dari Program Hard To Heart yang dikenalikan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil, Shuk telah meluahkan apa yang berlaku berdasarkan pertanyaan daripada Pak Nil.

Dia mengakui yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera namun belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

Shuk juga memaklumkan sebenarnya memang apa yang terjadi adalah salahnya dan disebabkan ia kerap berulang-ulang, wanita tersebut sudah tidak tahan lagi untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

“Berbaloi ke Shuk?”
Dalam perbualan tersebut, Pak Nik dengan nada kecewa sempat bertanya kepada pelawak asal Pulau Pinang itu adakah dia rasa berbaloi berlaku curang berulang kali sehingga isterinya terluka dan persoalan tersebut membuatkan Shuk tertunduk serta mengakui ia sangat tidak berbaloi.

Tambahnya, dia bukan hanya kehilangan segala-galanya, tetapi rakan-rakan turut menjauhinya selepas kontroversi tersebut.

Bahkan, Shuk juga memaklumkan yang sebenarnya Sera sudah menanggung derita disebabkan kecurangannya sejak 4 tahun yang lalu sepanjang 6 tahun berumah tangga.

“Kalau bank tak kosong, awak pun tak rasa kosong la?”
Di akhir perkongsian dalam program tersebut, Shuk mengakui semua yang terjadi kini adalah salahnya dan dia terpaksa menghadapinya sendirian. Namun, pertanyaan Pak Nil tentang tindakan sewaktu dia berlaku curang dulu cukup membuatkan pelawak itu terkelu.

Jujur, dia akui yang dirinya terasa cukup kosong memandangkan tiada lagi keluarga kecilnya yang sebelum ini sentiasa menceriakan hari-hari apabila pulang kerja.

Sehubungan dengan perkongsian-perkongsian tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen di ruangan T!kTok @imranimlap yang memuat naik semula rakaman program tersebut di aplikasi itu.

Pak Nil pun nampak macam geram
Rata-rata mereka berasa ralat dengan Shuk dan faham perasaan kecewa Pak Nil terhadap pelawak berkenaan kerana kesilapan yang dilakukan dalam rumah tangganya terjadi berulang-ulang kali serta dengan orang yang sama.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar Shuk Sahar berubah menjadi lebih baik dan berharap dia kuat menjalani dugaan kehidupan ini.

Macam ada yang tak kena dengan hubungan Shuk & skandal

Bagus, mengaku salah

Mungkin ni turning point untuk Shuk baiki hubungan dengan Allah

Ramai doakan supaya Shuk benar2 insaf

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*