Dulu penulis, kini jadi penghantar makanan

Gambar tular seorang warga emas tekun menunggu pesanan makanan menerusi telefon bimbitnya yang bekerja sebagai penghantar makanan berjaya menarik perhatian penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Kegigihannya bekerja pada usia senjanya ketika pandemik Covid-19, mendorong Ustaz Ebit Lew mendekati wanita yang dikenali sebagai Christine Ti.

Menurut Ebit Lew, wanita berkenaan tinggal berdua bersama adiknya selepas ibu mereka baharu meninggal dunia.

Perwatakan peramah wanita tersebut membuka kisah hidupnya sekali gus merasakan dia seorang yang cekal dan tabah.

“Kuat berusaha dan suka menolong orang. Sebelum ini kerja penulis majalah berbahasa Inggeris. Pandai Inggeris. Hebat tulisannya.

“Semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hilang kerja. Mula kerja foodpanda guna kereta kancil lama,” kongsi Ustaz Ebit Lew di akaun Facebook peribadinya.

Ketika menziarah Christine, Ustaz Ebit Lew turut berpeluang membantu membaiki kereta kancil miliknya yang sudah berusia 25 tahun.

“Dia sangat sayang keretanya. Gantikan tayar baru dan service. Seronok menangis gembira bila saya tolong ‘repair’ kereta ni.

“Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan. Tadi masa parkir, dia nak bagi tiket parkirnya bayarkan untuk kereta kawan-kawan saya. Tak apa auntie. Baiknya,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun berada dalam serba kekurangan, Christine tetap gembira dengan pekerjaannya ketika ini.

Katanya, pekerjaan yang biasa dimonopoli oleh golongan muda tiada politik kerja antara mereka dan semuanya rajin, kuat mencari rezeki.

Terdahulu, perkongsian yang menyentuh hati ini telah meraih lebih 30,000 tanda suka, lebih 1,400 komen daripada netizen.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*