Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan, ratusan kenalan beri penghormatan

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan, ratusan kenalan beri penghormatan

Jenazah Allahyarham Adibah Noor yang disembahyangkan di Masjid Al-Ansar pagi tadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat.

Menerusi perkongsian daripada wartawan Astro Awani, Firdaus Azil, jenazah dimandikan terlebih dahulu di masjid berkenaan sebelum solat jenazah dilakukan.

Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor dibawa ke Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah dan pengebumian.

Rakan artis turut hadir
Terlihat juga rakan-rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat allahyarham memandangkan pelantun lagu Terlalu Istimewa ini sangat disegani dalam industri seni Tanah Air.

Jenazah penyanyi dan pelakon Adibah Noor Mohamed Omar tiba di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai sekitar jam 11.05 pagi.

Ratusan kenalan iringi ke tanah perkuburan
Menerusi laporan ringkas dari Astro Awani lagi, ratusan kenalan berupa rakan dan ahli keluarga allahyarham dilihat sama-sama mengiringi jenazah allahyarham yang dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Betapa arwah seorang anak seni yang cukup dikagumi dan disayangi. Kelihatan ratusan ahli keluarga dan rakan seperjuangan serta media yang turut sama memberi penghormatan di perjalanan terakhir beliau.

Jenazah telah selamat dikebumikan
Terdahulu, ahli keluarga allahyarham sempat membuat pengumuman di masjid memohon agar orang ramai dapat memaafkan salah dan silap beliau ketika hidup serta meminta dihalalkan segalanya.

Menerusi perkongsian dari Bernama pula, beberapa keping gambar pusara allahyarham yang sudah selesai dirapikan telah dikongsi di media sosial.

Dapat dilihat orang ramai masih lagi memenuhi sekitar tanah perkuburan untuk sama-sama membacakan talkin buat allahyarham.

Terdahulu, allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 di Hospital Gleaneagles.

Beliau yang baru sahaja berkongsi gambar terkini beberapa hari yang lalu terlihat berbeza berbanding sebelum ini namun memaklumkan fizikalnya berubah kurus kerana amalan diet yang dilazimi namun tidak mendedahkan penyakit sebenar yang dihidapi.

Semoga Allahyarham Adibah Noor ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*