“T!kTok je tahu!”- Netizen tak puas hati misi jadikan tangisan bayi di NICU sebagai konten

“T!kTok je tahu!”- Netizen tak puas hati misi jadikan tangisan bayi di NICU sebagai konten

Baru-baru ini tular sebuah video di platform Twitter yang membuatkan ramai golongan ibu berang dengan tindakan seorang jururawat di salah sebuah hospital.

Bayi menangis di unit rawatan rapi neonatal (NICU)
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @amyranadyaa, dilihat seorang bayi dibiarkan menangis di dalam unit rawatan rapi neonatal (NICU).

Demi konten, misi biarkan sahaja…
Namun, apa yang membuatkan ramai tidak puas hati dan naik hantu melihat video tersebut adalah respon jururawat yang hanya mengendahkan sahaja tangisan bayi berkenaan.

Malah, dia sanggup merakam tangisan tersebut untuk dijadikan sebagai konten di laman T!kTok miliknya iaitu @shahiraazman1996 dan turut menulis kapsyen yang menyakitkan hati ramai.

“Kau nak apa, adik? Kerja nak menangis sahaja,”tulisnya.

Nasib baik sempat screenshot gambar misi tu
Menurut @amyranadyaa, dia meluahkan kelegaan kerana sempat menangkap layar gambar jururawat tersebut sebelum ia dipadam dari platform tersebut.

Geramnya tengok perangai dia ni!
Ekoran perkongsian itu, ramai warganet meluahkan ketidakpuasan melihat tindakan jururawat yang tiada perasaan itu apabila mendengar tangisan bayi di NICU.

Bukan itu sahaja, penggunaan latar belakang bunyi video tersebut dikatakan sangat tidak bersesuaian sehingga boleh mengguriskan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

KKM tolong ambil tindakan

Difahamkan, video tersebut sebenarnya dimuat naik semula dari laman T!kTok kerana sudah dipadam dan pemilik turut memadam akaun miliknya apabila menerima banyak kecaman.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*