
Tiga beranak tinggal dalam stor, tadah air hujan tolak offer rumah sewa Ebit Lew! Pendakwah tetap beri sumbangan lain
Ebit bertemu dengan dua kanak-kanak yang menjaga bapa mereka
Siapa sangka masih ada yang hidup serba kekurangan ketika negara pesat membangun.
Menitik air mata membayangkan kehidupan tanpa kemudahan elektrik dan air.
Begitulah juga yang dirasai personaliti dakwah, Ebit Lew yang menyaksikan sendiri keluarga yang hanya menjadikan stor sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan.
Ebit di hadapan stor yang dihuni tiga beranak.
Air mata Ebit jatuh membasahi pipi melihat kesusahan yang dialami dua beradik yang tinggal bersama bapa mereka di Seri Kembangan, Selangor.
“Menangis pagi ni bila jumpa dua beradik berumur 10 tahun dan 12 tahun yang tak sekolah jaga ayah dua tahun kemalangan, tak boleh berjalan.
“Tinggal di stor tanpa elektrik dan air. Hanya tadah air hujan,” tulisnya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply