“Permulaan yang baik” -Ramai puji Harris Annuar bacakan hadis buat isteri

“Permulaan yang baik” -Ramai puji Harris Annuar bacakan hadis buat isteri

Hujung minggu lalu, bekas peserta Hero Remaja sesi 2017/2018, Harris Annuar atau nama sebenarnya Mohammad Harris bin Shahrul Annuar selamat melangsungkan pernikahannya dengan pelakon, Asha Merican.

Walaupun ramai yang terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun mereka menjelaskan sebenarnya sudah 4 tahun menjalinkan cinta secara ‘diam-diam’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Isteri gembira dapat hadiah telekung
Selepas hampir seminggu bergelar suami isteri, Harris yang rajin memuat naik konten di media sosial telah berkongsi momen menghadiahkan telekung berwarna merah jambu buat isteri tercinta.

Baca potongan hadis buat isteri
Dia juga sempat membuat satu posting video menunjukkan amalan baru yang ingin dilazimi bersama isteri kelak. Dalam video berkenaan dia telah membacakan potongan hadis kepada isteri.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan, Harris menulis bahawa Asha merupakan seorang isteri yang baik. Namun ayat gurauan di hujung video tersebut benar-benar ‘sampai’ ke hatinya.

Anak kepada usahawan produk kesihatan itu juga memohon orang ramai dapat mendoakan mereka supaya sama-sama menjadi lebih baik dan menuju ke syurga Allah.

Permulaan yang sangat bagus
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji amalan yang dilakukan Harris lebih-lebih lagi memberi contoh yang baik buat isteri.

Mereka juga mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga Jannah dan istiqomah dalam mengamalkan perkara-perkara baik dalam rumah tangga.

Semoga terus istiqomah dalam membimbing isteri

Beruntung isteri dapat suami macam ni

Seronok tengok baca hadis sama2

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*