
Suami tenang umum Cik Non meninggal di T!kTok… tiada live pengebumian, mungkin tak tunjuk jenazah
Suami Cik Non memaklumkan kematian isterinya menerusi video T!kTok.
Pengasas produk kontroversi Cik Non dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa.
Khabar duka kematian pemilik nama Nor Shahadah Aisyah itu dimaklumkan oleh suaminya menerusi satu video di laman T!kTok.
“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi,” ujarnya dalam nada tenang.
View this post on Instagram
Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang hayatnya.
Tambah suaminya, dia juga tidak akan membuat siaran langsung pengkebumian isterinya atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.
“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.
“Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” ujarnya dalam video itu.
Dalam pada itu, beberapa individu di laman Facebook turut berkongsi maklumat, mendakwa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak selepas mengalami cirit-birit selama empat hari.
Kisah Cik Non pernah tular pada tahun 2020.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut atas berita pemergian mengejut itu.
Pada masa sama, ramai netizen memohon agar segala video serta foto arwah yang pernah tular sebelum ini agar dipadamkan segera.
Untuk rekod, nama Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video tular masuk ke pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Cov!d-19.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply