
Pelakon & pelawak tersohor Hamid Gurkha meninggal dunia
Pelakon legenda Hamid Gurkha menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar 2.00 petang pada Selasa (14 Jun) pada usia 90 tahun, lapor mStar.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) akibat penyakit TB (penyakit batuk kering) dan beberapa komplikasi lain, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas disebabkan oleh batuk yang teruk.
Anak Allahyarham, Fendy memberitahu mStar: “Benar, bapa saya telah meninggal dunia sekitar pukul 2.00 petang tadi.
“Jenazah diuruskan oleh pihak hospital dan kami rancang untuk proses pengebumian petang ini.
“Terima kasih atas doa semua peminat buat arwah bapa saya selama ini. Semoga semua cerita baik arwah akan dikenang selepas ini.”
Allahyarham Abdul Hamid Bin Abdul Rahman yang juga lebih mesra dengan gelaran Pak Hamid, mula aktif dalam bidang seni sekitar 1970-an dan terkenal menerusi filem-filem popular seperti Panglima Badol dan Jejaka Perasan.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Cik Timah Abdul Hamid pada 1957 dan dikurniakan lapan orang anak.
Dua daripada anak-anak mereka bagaimanapun meninggal dunia.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Leave a Reply