Kereta dinaiki lima sekawan bertembung lori, 3 temui ajal

Kereta dinaiki lima sekawan bertembung lori, 3 temui ajal

Keadaan kereta yang dinaiki lima sekawan remuk teruk selepas bertembung dengan lori.
Tiga sahabat maut manakala dua lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.40 malam (12 Jun).

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya kereta tersebut dari arah Hutan Melintang menghala ke Teluk Intan, manakala lori pula dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut kemudian telah memasuki laluan bertentangan dan lori berkenaan gagal mengelak sehingga mengakibatkan pertembungan,” katanya pada Isnin.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan salah satu mayat yang tersepit.

Ahmad Adnan berkata kesemua lima mangsa yang menaiki kereta terbabit merupakan sahabat.

Dua mangsa yang maut berusia 19 tahun dan 26 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan.

Sementara itu seorang lagi mangsa yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian.

“Sementara itu, pemandu kereta berusia 26 tahun dan seorang lagi mangsa berusia 19 tahun mengalami kecederaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Teluk Intan.

“Bedah siasat ketiga-tiga mayat akan dijalankan hari ini (Isnin),” katanya sambil menambah pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*