Hasrat tunai haji tak kesampaian, jemaah meninggal dunia dalam pesawat

Hasrat tunai haji tak kesampaian, jemaah meninggal dunia dalam pesawat

Seorang jemaah haji meninggal dunia ketika mahu berangkat ke Tanah Suci. foto Istimewa
SEORANG jemaah haji Indonesia yang mengikuti rombongan pertama ke Tanah Suci meninggal dunia di dalam pesawat.

Jemaah berusia 50 tahun yang berasal dari Balangan, Kalimantan, meninggal dunia kira-kira satu jam sebelum transit di Medan, Sumatera Utara.

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Kalimantan Selatan, Muhammad Thambrin berkata, jenazah segera diturunkan di Medan sementara menunggu dihantar pulang ke Banjarmasin.

Setibanya di Banjarmasin, jenazah akan segera dibawa ke kampung halamannya di Balangan untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Seksyen Haji dan Umrah Kementerian Agama Balangan, Fahmi Wahid berkata, Samsinah mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Malahan, arwah menggunakan kerusi roda untuk menaiki penerbangan bersama rombongan jemaah haji.

Gabenor Kalimantan Selatan mengucapkan takziah di atas pemergian jemaah berkenaan.

“Bagi pihak saya, pemerintah wilayah Kalimantan Selatan dan masyarakat, saya mengucapkan takziah atas pemergian jemaah haji dari Balangan.

“Semoga Allahyarham Samsinah diampuni dosa-dosanya dan diterima amal ibadahnya di sisi Allah,” kata Sahbirin Noor menerusi pesanan teks kepada media.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*