Ibu Dr Azra masuk hospital gara-gara terkejut kontroversi bakal menantu, Azri Iskandar pula digugurkan projek teater

Ibu Dr Azra masuk hospital gara-gara terkejut kontroversi bakal menantu, Azri Iskandar pula digugurkan projek teater

Azri menolak dakwaan bercinta dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai F.
gara-gara pengakuan seorang wanita mendakwa dilamar Azri Iskandar, ibu kepada kekasih baharu aktor itu iaitu Dr Azra Diera dikatakan pengsan hingga dikejarkan ke hospital pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan Azri, 54, sambil memaklumkan bahawa ibu Azra mengetahui tentang kewujudan wanita dikenali sebagai ‘F’.

Wanita F mendakwa Azri pernah melamarnya.

“Ibu Azra sampai pengsan sebab terkejut selepas baca dan tonton video fasal perempuan itu. Kawan ibu dia yang hantar tanya ‘ini ke yang nak buat menantu?’.

“Masa itu ibu dia baru lepas solat dan terus jatuh, nasib baik adik Azra ada. Ibu dia alami tekanan darah rendah. Keluarga dia dah la tak biasa dengan dunia artis ini,” katanya.

Sebelum ini, Azri mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang wanita yang juga penulis skrip bernama Dr Azra dalam masa terdekat.

Bagaimanapun pada Jumaat, seorang wanita bernama ‘F’ membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia pernah bercinta dengan Azri selepas aktor itu bercerai dengan pelakon Ellie Suriaty.

Mereka kata sebabkan kontroversi yang timbul mengenai saya baru-baru ini.
AZRI ISKANDAR

Wanita itu juga mendakwa pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung.

Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bergelar duda.

Susulan pendedahan itu juga, Azri turut memberitahu dia digugurkan daripada membintangi persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk pada imej figura berkenaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur.

Azri menerusi kiriman mesej kepada mStar berkata, kontroversi yang berlaku menyebabkan digugurkan daripada pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL.

Nama Azri digugurkan dari teater.

“Pihak produksi menganggap kontroversi yang berlaku akan memberi imej buruk kepada Tan Sri Elyas dan DBKL,” ujarnya.

Sebelumnya, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*