
Sejak kebelakangan ini, ramai orang dilihat cuba menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk.
Meksipun mereka terpaksa bersesak dengan pengguna lain, namun ia tidak menjadi penghalang utama.
Pengguna warga emas pentingkan diri sendiri?
Walau bagaimanapun, tular ciapan di Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna mendakwa dirinya ditengking oleh individu ‘kurang ajar’ dalam pengangkutan awam, Mass Rapid Transit (MRT).
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @chnrsyrn, dia memberitahu individu tersebut merupakan warga emas menengking dirinya sambil menuntut kerusi yang diduduki oleh pengguna itu adalah miliknya.
“Dia sangat biadap, siap tengking-menengking sebab nak tuntut tempat duduk.
“Sedangkan, banyak lagi tempat duduk yang masih ada,”tulisnya.
Apa yang lebih mengecawakan apabila lelaki warga emas itu memaki dan menggelarkan dirinya ‘stvpid b!tch‘.
Nasib baiklah ada penumpang wanita berbangsa Cina
Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana pada ketika itu terdapat seorang penumpang wanita berbangsa Cina membantu dirinya mempertahankan hak tempat duduk tersebut.
Pun begitu, pak cik berkenaan dilihat enggan mengalah, selain dimaki semula oleh individu tersebut sambil menghentakkan payung yang dipegangnya sebelum bercakap “SHvT UP!”
Difahamkan, individu tersebut bukanlah warga tempatan.
Kawan kata dia memang bermasalah
Menurut wanita itu, bukan dia seorang sahaja pernah berjumpa dengan ‘pakcik biadap’ ini apabila salah seorang rakannya mengakui turut terkena.
Dah tua pun macam ….
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat di kalangan warganet dan ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut.
Kata mereka, perbuatan itu sangatlah tidak berpadanan dengan usianya yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak muda lain.
Kalau dapat kat aku ni, confirm kena maki balik
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.
Leave a Reply