Harris Annuar selamat bergelar suami pelakon Asha Merican… Dalam diam-diam 4 tahun bercinta

Harris Annuar selamat bergelar suami pelakon Asha Merican… Dalam diam-diam 4 tahun bercinta

Harris kini suami Asha.
Jarang berkongsi kisah peribadi di laman sosial, pelakon Harris Annuar dalam diam-diam sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu.

Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar dan Asha selamat diijab kabul kira-kira pukul 4 petang dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, majlis istimewa itu dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa rakan selebriti antaranya Hun Haqeem.

Pasangan pengantin baharu itu mengayakan baju berwarna putih pada majlis pernikahan itu.

Sebelum itu, peserta Hero Remaja 2017/2018 turut memuat naik video prewedding dengan kapsyen ‘selepas 4 tahun’ yang memberitahu tentang tempoh percintaan mereka.

Rata-rata peminat dan pengikut laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah

Harris bersama ibunya, Zaiton Hassan dan isteri.

Sekadar info, Harris merupakan anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton, manakala Asha adalah pelakon drama Rindu Yang Terlarang di Astro Ria.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*