“Baik kawan dengan monyet daripada manusia suka mengata…”-Baby Shima

“Baik kawan dengan monyet daripada manusia suka mengata…”-Baby Shima

Nama penyanyi dangdut, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli sememangnya tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Ada sahaja isu baru yang menjadi perhatian ramai dan membuatkan nama figura itu terus disebut-sebut oleh orang ramai.

LIHAT VIDEO DISINI

Setiap video atau gambar yang dikongsikan oleh penyanyi genit ini ada sahaja yang tidak ‘kena’ di mata warganet. Malah, dia sering menerima banyak mesej berbaur lucah di kalangan pengikutnya di laman Instagram.

Baby Shima nak kawan dengan monyet?
Terbaru, anak kelahiran Johor Bharu itu berkongsi sebuah video di laman media sosialnya yang memaparkan dirinya bersama beberapa ekor monyet.

Menerusi video dimuat naik di laman T!kTok, kelihatan dia sedang memberi pisang kepada beberapa ekor monyet yang kelaparan.

Apa yang menariknya, kapsyen yang ditulis oleh Baby Shima seolah-olah mahu mengatakan dirinya lebih rela berkawan dengan haiwan tersebut berbanding dengan manusia suka mengata dirinya.

“Baik kawan dengan monyet daripada manusia suka mengata,” tulisnya.

Ingat saja2 ke orang tegur?
Walaupun perkongsian video berdurasi tiga puluh tujuh saat itu seolah-olah luahan isi hatinya yang sedang kecewa, namun masih terdapat segelintir netizen meninggalkan komen negatif.

Mereka mengatakan punca kritikan negatif yang diterima oleh penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri kerana berpakaian seksi dan berkongsi aksi ‘ghairah’.

Nasib monyet tu tak ada telefon je…

Jangan lupa, nama kau naik sebab manusia bukannya monyet

Tidak kurang juga ada warganet sempat berseloroh dengan mengatakan penyanyi itu berjaya menempa nama atas sokongan manusia dan bukannya monyet.

Semoga dimurahkan rezeki selalu…
Pun begitu, ramai berterima kasih dan memuji tindakan penyanyi itu memberikan makanan kepada haiwan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*