
Tanpa tahu jodoh masing-masing, 22 pasangan ini dinikahkan beramai-ramai
22 pasangan yang dinikahkan secara beramai-ramai dalam satu majlis yang berlangsung di wilayah Sidoarjo, Jawa Timur baru-baru ini.
BERKAHWIN tanpa mengenali jodoh masing-masing mungkin perkara yang sukar diterima mana-mana individu.
Namun ia berlaku kepada 22 pasangan yang dinikahkan secara beramai-ramai dalam satu majlis yang berlangsung di wilayah Sidoarjo, Jawa Timur.
Mereka hanya mengetahui calon pasangan masing-masing ketika akad berlangsung.
Majlis yang berlangsung di sebuah pesantren itu tular di media sosial dan setakat Rabu sudah ditonton lebih 1.5 juta kali dan disukai lebih 110,00 pengguna.
Video itu mula dimuatnaik pemilik akaun T!kTok yang juga seorang jurumekap artis (MUA) bernama Faricha dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Dalam video itu, puluhan mempelai wanita dirakam memakai busana pernikahan berwarna putih.
“Pertama kali menatarias para mempelai majlis nikah beramai-ramai yang diadakan setiap lima tahun sekali di salah sebuah pesantren tertua di Sidoarjo,” tulis keterangan dalam video, sebagaimana lapor portal Tribunnews.com.
Dalam temubual bersama portal itu, Faricha berkata, dia diupah menatarias mempelai pada majis pernikahan beramai-ramai di Sidoarjo pada 22 Mei lalu.
Peristiwa itu kemudiannya dikongsi melalui video yang dimuatnaik di T!kTok, @yuganebuumi.
Dalam video, Faricha juga menceritakan prosesi pernikahan yang dilakukan di sebuah pondok pesantren di Sidoarjo melibatkan 22 pasangan pengantin yang langsung tidak mengenali pasangan masing-masing.
“Ini (perkahwinan beramai-ramai) lima tahun sekali, tapi memang biasanya dimaklumkan selepas pukul 3 pagi.
“Yang tahun ini hanya dimaklumkan kepada calon pasangan setelah akad,” kata Faricha, pada Selasa.
Menurut Faricha, calon mempelai pada acara pernikahan itu merupakan pelajar pondok pesantren dan mereka telah dimaklumkan mengenai pelaksanaan acara pernikahan sebelum majlis berlangsung.
Namun pernikahan itu adalah pilihan buat pelajar sama ada mereka mahu menyertai atau sebaliknya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.
Leave a Reply