Tampil berhijab, netizen doakan Almy Nadia istiqamah

Tampil berhijab, netizen doakan Almy Nadia istiqamah

Penampilan sopan aktres, Datin Almy Nadia yang mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.

Video mereka sekeluarga sempena cuti persekolahan itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan suaminya yang juga aktor, Datuk Fizz Fairuz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@fizzalmyofficialfc)

Rakaman tersebut memaparkan aktres berusia 36 tahun itu bersama suami dan empat orang anaknya sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.

Namun begitu, dia kelihatan berbeza berbanding sebelum ini apabila memakai tudung bawal berwarna biru sambil mendukung anak bongsunya sekali gus mengundang perhatian ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pujian terhadap penampilan bertudung digayakan Almy yang dilihat semakin cantik dan berseri.

Malah, terdapat juga segelintir individu mendoakan aktres filem Dunia Baru itu agar kekal istiqamah dalam mengenakan hijab.

Alhamdulillah! Cantiknya berhijab

Suka tengok.. moga istiqamah

Dah pakai tudung ke?

Sementara itu, sebuah posting di Instagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai hijab sewaktu melakukan panggilan video bersama anaknya.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Almy Nadia Aminuddin Shah itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan tersebut.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*