
Pawang lakar penyihir Kazim Elias mengaku dapat kelebihan lukis sosok ghaib, pernah tuntut ilmu sekolah pondok di Indonesia
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan tradisional yang mahu dikenali sebagai Neo Pawang menerima kecaman daripada netizen gara-gara berkongsi video dan foto lakaran entiti yang berada di dalam sosok tubuh Datuk Kazim Elias.
View this post on Instagram
Menjelaskan niat dia berkongsi lakaran berkenaan, Neo berkata dia bertindak sedemikian selepas mendapat permintaan daripada pengikut media sosial yang mahu dia membantu menyelesaikan masalah penyakit misteri pendakwah bebas berkenaan.
“Niat saya hanya ingin membantu! Saya terima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu saya mengubati Ustaz Kazim Elias, jadi itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membuat lakaran tersebut.
“Kelebihan ini bukan macam kita ambil kelas seni dan sebagainya, ini semua dari Allah SWT. Ini ilham dalam mimpi dan saya sendiri belajar di sebuah pondok di Jawa Timur, Indonesia.
“Tapi dalam ilmu perubatan, kalau orang tak nak berubat tak apa. Kita tak boleh buat apa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Neo turut menjawab komen kritikan dan kecaman netizen yang menuduhnya melakukan perbuatan syirik dengan melukis lakaran tersebut.
Sekadar ingatan untuk pembaca , kita haruslah berhati-hati untuk mendapatkan perkhidmatan pengamal perubatan tradisional kerana dibimbangi ia boleh memesongkan akidah.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.
Leave a Reply