Ibu kejam ikat dan jemur anak perempuan usia 5 tahun atas bumbung rumah gara-gara tak siap kerja sekolah

Ibu kejam ikat dan jemur anak perempuan usia 5 tahun atas bumbung rumah gara-gara tak siap kerja sekolah

Keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman ibu sendiri.


Tindakan kejam seorang ibu ini dikecam apabila dia didakwa mengikat anaknya lalu dibiarkan di atas bumbung rumah di bawah terik sinar matahari.

Perbuatan tanpa belas kasihan itu dipercayai sebagai hukuman kerana kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu tidak menyiapkan kerja sekolah.

Kejadian berkenaan yang dirakam oleh jiran mereka dan kemudiannya ditularkan di media sosial dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Khajuri Khas, Delhi, India.

Lebih mengundang kemarahan dan simpati ramai tentang nasib kanak-kanak itu apabila dia dilihat mengerang kesakitan.

Seorang anggota polis yang menyiasat perkara itu berkata, ibu kepada kanak-kanak malang berkenaan mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas anaknya pada 2 Jun lalu.

Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu mendakwa dia tidak terlibat dalam hukuman berkenaan.

Sebaliknya dia mendakwa hanya mengetahui tentang hal itu selepas dihubungi bapanya yang juga datuk kepada kanak-kanak tersebut.

“Saya menerima panggilan daripada bapa saya memaklumkan bahawa isteri sedang berikan hukuman berat kepada anak perempuan kami. Saya harus pulang ke rumah dengan segera.

“Apabila saya tiba di rumah, bapa saya beritahu yang dia pulang ke rumah dan melihat cucunya itu diikat di atas rumah teres kami jadi dia membebaskannya.

“Waktu bapa ceritakan pada saya apa yang terjadi, saya terus memarahi isteri kerana bertindak sedemikian,” katanya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*