Mana perginya adab? Pelajar kesal cara pengawal ‘rempit’ minta kad matrik

Mana perginya adab? Pelajar kesal cara pengawal ‘rempit’ minta kad matrik

Adab merupakan empat aksara yang nampak mudah dan ringkas. Namun, semakin hari semakin ramai di kalangan kita mulai lupa untuk menghormati antara satu sama lain.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sebuah video tular di laman Twitter baru-baru sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Cara pengawal keselamatan minta kad matrik sangat bi4d4p!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai @wanehsan, dilihat seorang pengawal meminta kad matrik dari seorang pelajar.

Apa yang mengecewakan adalah cara pengawal dipercayai dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meminta kad dari pelajar lelaki tersebut seakan-akan tidak mempunyai adab.

Pelajar akui salah tak bawa kad matrik tapi itu pun tiket untuk bi4d4p
Walau bagaimanapun, pelajar lelaki tersebut mengakui kesalahan dirinya kerana tidak membawa kad matrik bersamanya ketika keluar dari kawasan kampus.

Akan tetapi, dia meluahkan kekesalan apabila mendengar cara ‘guard’ tersebut menegur kesalahan dirinya.

Peraturan tunjuk kad sebelum 10 malam pun pelik
Pada masa yang sama, pengguna tersebut meluahkan kekecewaan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, di mana meminta para penuntut untuk menunjukkan kad matrik sebelum jam 10 malam.

Menurutnya, kawasan universiti berkenaan merupakan tempat terbuka yang membolehkan orang awam untuk keluar masuk.

Mereka tak ada hak nak pegang kad identiti kita
Tambah pengguna itu, mereka tiada hal untuk meminta kad pengenalan, lesen atau mana-mana dokumen yang mempunyai identiti seseorang. Sekiranya diminta untuk berbuat sedemikian, mereka boleh menunjukkan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Betul2 rempit ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet mengelar tindakan pengawal tersebut dan menyamakan seperti seorang ‘mat rempit’ dalam versi pakaian beruniform.

Kereta dah ada pelekat universiti pun masih nak minta kad matrik
Tidak kurang juga ada yang mengatakan kenderaan mereka yang mempunyai pelekat universiti masih diminta untuk mengemukakan kad identiti pelajar.

Setiap tempat sama je…

Selain itu, ramai berpendapat bahawa situasi ini sebenarnya berlaku di mana-mana universiti sahaja.

 

Ini mesti nak tutup kesalahan sendiri, kan?
Di saat ramai kesal dengan tindakan pengawal tersebut, ada warganet mengatakan pelajar tersebut sebenarnya mahu menutup kesalahan diri sendiri.

Kata pengguna yang dikenali sebagai @miorahmadshah, sekiranya pelajar berkenaan membawa kad matrik pastinya pengawal keselamatan itu tidak akan berkata-kata sedemikian.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: ohmymedia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Resepi Dapur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*