Tiga Beradik Bernama Kereta Sport Terkemuka Dunia Lamborghini, Celica Dan Ferrari

Tiga Beradik Bernama Kereta Sport Terkemuka Dunia Lamborghini, Celica Dan Ferrari

 

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, menjadi sensasi di internet selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka, lapor portal Wolipop.

Wanita itu berkata, dia bernama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya. – AGENSI

Sumber: Kosmo

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*