
ᴍᴀꜱʏᴀᴀʟʟᴀʜ ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ ɪꜱᴛɪᴍᴇᴡᴀ ɪɴɪ ᴍᴇꜱᴋɪᴘᴜɴ ʙᴜᴛ4 ᴘᴇɴɢʟɪʜᴀᴛᴀɴ ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴇɴɢʜᴀꜰᴀʟ ᴀʟ-Qᴜʀᴀɴ ꜱᴇᴊᴀᴋ ʙᴇʀᴜꜱɪᴀ 11 ᴛᴀʜᴜɴ ʟᴀɢɪ
MasyaAllah Kanak-Kanak Istimewa Ini Meskipun But4 Penglihatan Namun penghafal Al-Quran Berusia 11 Tahun
Mata adalah jendela dunia. Tanpanya, hidup terasa tidak sempurna. Sedih dan mengeluh itu pasti terjadi pada sebahagian manusia yang kehilangan penglihatannya. Tapi tidak dengan kanak-kanak kecil bu ta dari Mesir ini. Ia adalah salah satu hamba Allah yang ikhlas atas ketetapanNya.
Pengacara TV Arab Saudi Al-Wathan mewancara kanak-kanak istimewa ini. Seorang kanak-kanak lelaki bu ta penghafal Al-Quran dari Mesir yang berusia 11 tahun. Dalam wawancara itu pengacara TV Al-Wathan bertanya perihal bagaimana ia belajar Al-Quran dalam keadaan bu ta.
Semangatnya untuk menghafal ayat-ayat Allah yang mulia membuat langkah kakinya ringan untuk pergi ke tempat gurunya.
“Saya yang datang ke tempat Syeikh,” katanya. “Berapa kali dalam seminggu?” Tanya wartawan TV. “Tiga hari dalam seminggu,” jawabnya.
Jawapan kanak-kanak ini kian membuatkan keajaiban ketika kanak-kanak ini memberitahu pengacara itu bahawa Syeikh yang mengajarnya Al-Quran hanya mengajarnya satu ayat satu hari.
“Pada mulanya hanya satu hari dalam seminggu. Lalu saya mendesak beliau dengan bersungguh agar ditambah harinya, sehingga menjadi dua hari dalam seminggu. Masa Syeikh saya sangat penuh dalam mengajar. Beliau hanya mengajarkan satu ayat saja setiap hari, “katanya.
“Satu ayat sahaja?” Respon pengacara terkejut, takjub dengan semangat kuat kanak-kanak ini. Dalam tiga hari itu ia khususkan untuk belajar ayat-ayat suci Al-Quran, hingga ia tidak bermain dengan kawan-kawan jiran-jirannya. Sang pengacara tersenyum dan menempuk paha anak itu tanda kagum, yang disambut senyum ceria oleh anak ini.
Yang lebih mengagumkan adalah kenyataan tentang matanya yang bu ta. Ia tidak berdoa kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatannya, rahmat Allah yang ia harapkan. “Dalam solatku, aku tidak meminta kepada Allah agar Allah mengembalikan penglihatanku,” katanya. Mendengar jawapan anak ini sang pengecara semakin terkejut.
“Engkau tidak mahu Allah mengembalikan penglihatanmu? Kenapa? “Tanyanya hairan. Dengan wajah meyakinkan, kanak-kanak itu memaparkan alasannya. Bukan ia tak yakin pada Allah, bukan. Namun ia menginginkan yang lebih indah dari penglihatan.
“Semoga menjadi keselamatan bagiku pada hari pemba lasan (kia mat), sehingga Allah meringankan perhitungan (hisab) pada hari tersebut. Allah akan menanyakan nikmat penglihatan, apa yang telah engkau lakukan dengan penglihatanmu? Saya tidak malu dengan keca catan yang saya alami. Saya hanya berdoa semoga Allah meringankan perhitungan-Nya untuk saya pada hari k1amat kelak, “katanya dengan tegas.
Mendengar kalimah mulia anak ini, semua terdiam. Pengacara TV nampak berkaca-kaca dan air matanya menitis. Para penonton di stesen TV dan kru TV tersebut juga tak tahan menitiskan air mata.
“Pada saat ini, saya teringat banyak kaum muslimin yang mampu melihat namun mempunyai banyak alasan dan malas untuk menghafal kitab Allah, Al-Quran. Ya Allah, bagaimana alasan mereka esok (di hadapan-Mu)? “Kata pengacara.
“Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan,” kata penghafal Quran muda ini. Subhanallah, indahnya dunia tak membuatnya lupa akan Tuhannya dan hari pemba lasan. Ia juga mengatakan bahawa ia terinspirasi dari kaedah Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah (rahimahullah). “Kaedah imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yang berbunyi ‘Allah tidak menutup atas hamba-Nya satu pintu dengan hikmah, kecuali Allah akan membukakan baginya dua pintu dengan rahmat-Nya,’” katanya.
Kehilangan penghlihatan sejak kecil, tidak membuat ia mengeluh kepada Sang Pencipta. Ia tak iri hati pada orang lain apatah lagi ku fur nikmat. Ikhlas menerima takdirNya. “Segala puji Allah, saya tidak iri hati kepada kawan-kawan walaupun sejak kecil saya sudah tidak boleh melihat. Ini semua adalah qadha ‘dan qadar Allah, “katanya.
“Kita berdoa kepada Allah semoga menjadikan kita sebagai penghuni syurga Al-Firdaus yang tertinggi,” kata kanak-kanak istimewa ini. Matanya yang bu ta, tak membuat hatinya bu ta dalam mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan. Subhanallah.
Dalam sebuah hadith Qudsi Nabi s.a.w. bersabda:
Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan menghilangkan penglihatan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya Aku akan menggantikan penglihatan kedua matanya dengan syurga.” (HR. Bukhari no. 5653, Tirmidzi no. 2932, Ahmad no. 7597, Ad-Darimi no. 2795 dan Ibnu Hibban no. 2932).
Sumber :BICARAKINI
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Leave a Reply