
ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ᴍɪꜱᴛᴇʀɪ ꜱᴜᴅᴀʜ ʟᴇʙɪʜ 90 ᴛᴀʜᴜɴ, ᴘᴀꜱᴀɴɢᴀɴ ꜱᴜᴀᴍɪ ɪꜱᴛᴇʀɪ ʜɪʟᴀɴɢ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ʙᴇʀʙᴜʟᴀɴ ᴍᴀᴅᴜ ʜɪɴɢɢᴀ ꜱᴇᴋᴀʀᴀɴɢ
Asalnya mahu mencipta rekod, suami isteri ini hilang ketika berbulan madu. Sudah lebih 90 tahun, kehilangan mereka kekal misteri hingga sekarang
PADA pertengahan November 1928, rumah Emery dan Ellsworth Kolb yang terletak di tebing Grand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat, dikunjungi oleh tetamu.
Apabila pintu dibuka, di hadapan mereka berdiri seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Glen Hyde. Di sisinya pula adalah isterinya, Bessie. Pasangan itu memberitahu, mereka sampai ke situ selepas mendaki laluan Bright Angel untuk membeli bekalan makanan.
Pasangan itu juga memberitahu mereka sedang berbulan madu dan sudah 26 hari bersampan menyusuri Sungai Colorado. Tujuan mereka datang ke rumah Emery dan Ellsworth untuk meminta merakamkan gambar mereka berdiri di atas tebing Grand Canyon, untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pasangan suami isteri Glen Hyde dan Bessie yang menyusuri sungai Colorado ketika berbulan madu.
Tiada masalah bagi Emery dan Ellsworth dengan permintaan pasangan itu. Mereka adalah jurugambar profesional dan membina rumah tersebut sejak 1901 lagi. Malah, sebahagian rumah mereka juga telah diubahsuai menjadi studio.
Dari rumah itulah, Emery dan Ellsworth yang merupakan dua beradik merakam keindahan alam semula jadi di Grand Canyon serta kehidupan masyarakat Red Indian yang tinggal di sekitarnya.
Nama mereka berdua memang terkenal di Grand Canyon. Selain menjadi jurugambar sepenuh masa, mereka turut menjalankan perniagaan menyediakan kenderaan tunggangan untuk para pelancong mengembara di seluruh pelosok ngarai tersebut.
Pasangan jurugambar adik beradik Emery dan Ellsworth. Di rumah studio mereka inilah pasangan Glen dan Bessie singgah untuk merakamkan gambar mereka.
Mahu Mencipta Rekod
Pasangan suami isteri Glen dan Bessie memberitahu, mereka berasal dari Twin Fallas, Idaho. Mereka sudah biasa bersampan menyusuri sungai-sungai di sana. Malah sampan kayu sepanjang tujuh meter yang digunakan untuk menghiliri Sungai Colorado, dibuat sendiri oleh mereka berdua.
Selain berbulan madu, Glen memberitahu, dia dan Bessie ada misi lain. Dia mahu mencipta rekod terpantas menyusuri Sungai Colorado melalui Grand Canyon. Kalau usaha itu berjaya, dengan sendirinya nama Bessie akan tercatat sebagai wanita pertama melakukannya.
“Bila kamu hendak ambil gambar ni?” tanya Emery setelah merakamkan gambar suami isteri itu.
Jawab Glen: “Sebaik saja misi kami ini selesai.”
Emery bagaimanapun terkejut apabila pasangan itu memberitahu, mereka tidak mempunyai sebarang jaket keselamatan. Dia memberi amaran, tindakan itu sangat berbahaya kerana arus Sungai Colorado agak deras dan dalam.
Glen hanya ketawa. Manakala isterinya, Bessie kelihatan agak gementar untuk meneruskan bulan madu mereka itu. Selepas mengucapkan terima kasih, pasangan pengantin baru itu kembali menuruni jurang menuju ke sampan mereka yang ditambat di tepi Sungai Colorado.
Glen di atas botnya yang dirakam pada 1928.
Ternyata apa yang dibimbangkan oleh dua beradik jurugambar itu itu menjadi kenyataan. Sehingga pertengahan Disember, pasangan suami isteri tersebut masih tidak datang untuk mengambil gambar mereka. Ini mendorong Emery dan Ellsworth menggerakkan usaha mencari suami isteri itu, termasuk melalui udara dengan menggunakan pesawat kecil.
Usaha itu akhirnya membuahkan hasil. Sampan yang digunakan oleh Glen dan Bessie dijumpai tersadai di celah-celah batu. Ketika ditemui, semua barang-barang milik pasangan itu, termasuk bekalan makanan dan kamera serta gambar-gambar yang telah diambil, berada dalam keadaan selamat.
Tetapi anehnya, Glen dan Bessie tiada? Di mana mereka?
Sampan Glen dan Bessie ditemui tersadai bersama barang-barang mereka. Tetapi suami isteri itu tidak ditemui.
Gerakan mencari diteruskan, namun setelah seluruh pelosok Grand Canyon disusuri, pasangan suami isteri itu gagal dijumpai.
Semua ini mengundang rasa pelik. Melalui gambar yang diambil oleh pasangan tersebut, dipercayai mereka pernah berada di Batu 165 Sungai Colorado pada 27 November, kemudian berkhemah di Batu 225. Tetapi itu sahaja bukti yang ada.
Apa yang berlaku kepada pasangan tersebut?
Ada yang mengandaikan Glen dan Bessie lemas akibat dilambung arus yang kuat di Batu 232. Tetapi timbul persoalan, kalau kedua-duanya lemas, mengapa mayat mereka tidak ditemui terapung?
Mustahil kedua-duanya sekali terperangkap di celah batu di dasar sungai. Lagipun, usaha mencari di dasar sungai itu turut gagal menemui mayat kedua-duanya. Begitu juga jika dimakan binatang buas, pasti ada kesan-kesan atau sisa-sisanya dijumpai di sekitar sungai tersebut.
Pelbagai usaha dijalankan, namun semuanya tidak membuahkan hasil. Sampailah sekarang, iaitu selepas lebih 90 tahun berlalu, kehilangan pasangan itu terus menjadi misteri.
Kisah kehilangan Glen dan Bessie ini sangat sinonim dengan Grand Canyon, malah beberapa kali ditulis menjadi buku, novel dan turut muncul dalam siri TV serta persembahan muzikal.
Ke mana suami isteri ini hilang? Tiada jawapan tepat yang dapat merungkai kehilangan mereka sehingga sekarang.
Sungai Colorado di Grand Canyon, sungai yang disusuri Glen dan Bessie sebelum mereka hilang.
Pelbagai Misteri Di Grand Canyon
Selain kehilangan Glen dan Bessie, Grand Canyon turut menyimpan pelbagai kisah misteri. Antaranya :
PERTAMA : Jelmaan seorang lelaki berpakaian hitam sering dilihat mundar-mandir di luar bangunan El-Tovar, iaitu hotel milik Fred Harvey Company yang dibina pada tahun 1905. Selalunya jelmaan itu berlegar-legar di sekitar sebuah batu yang terletak di antara El-Tovar dengan muzium kraf tangan Red Indian. Pada permukaan batu itu tertulis perkataan Pirl A. Ward, 1879-1934.
Ada yang mendakwa, ia adalah jelmaan Pirl Ward, teman wanita Fred Harvey. Pihak lain pula mendakwa, Pirl adalah veteran perang Sepanyol-Amerika, dan mungkin juga renjer Grand Canyon. Namun demikian, seorang lelaki bernama William mendakwa bahawa Pirl A. Ward adalah datuknya. Pirl merupakan kontraktor yang membina bangunan El-Tovar dan tuan punya sebuah kedai pertukangan di Williams, Arizona.
Jadi, adakah batu itu merupakan nisan kubur Pirl? William menafikannya kerana datuknya itu telah berpindah dari Grand Canyon ke California dan meninggal dunia di sana pada 1934. Mayatnya dikebumikan di Artesia.
Jadi, kalau bukan Pirl, jelmaan siapa yang sampai sekarang selalu dilihat merayau-rayau di sekitar El-Tovar?
Jelmaan lelaki sering dilihat di El-Tovar hotel.
KEDUA : Di sekitar Grand Canyon sering ditemui sisa peninggalan barang-barang lama milik penduduk Red Indian, termasuk yang berusia ribuan tahun. Antaranya cebisan tembikar, manik dan batu-batu yang diukir dengan simbol-simbol budaya serta keagamaan seperti beruang, cicak, ular dan geometri.
Banyak kes dilaporkan, para pelawat atau pengembara yang mengambil barang-barang tersebut, terpaksa memulangkannya kembali kerana sering diganggu. Setiap malam mereka akan melihat jelmaan seseorang mundar-mandir di rumah, manakala pintu bilik akan terbuka dan tertutup sendiri.
Mereka yang mengambil barang di Grand Canyon sering diganggu.
Pejabat renjer Grand Canyon juga setiap tahun akan menerima dua atau tiga bungkusan berisi sisa-sisa tinggalan tadi, dari pengirim yang telah mengambilnya. Di dalam surat yang turut dikepilkan, pengirim bungkusan itu menceritakan bagaimana mereka diganggu oleh jelmaan-jelmaan aneh selepas mengambil barang-barang yang ditemui di Grand Canyon.
Malah ada di antara mereka yang ditimpa macam-macam bala, baik di tempat kerja, hubungan dengan kekasih, masalah kesihatan, tekanan perasaan dan sebagainya.
Mengapa ini berlaku? Masyarakat Red Indian mendakwa, semua itu terjadi kerana barang-barang berkenaan mempunyai sumpahannya sendiri. Ia adalah barang-barang suci yang dilindungi oleh roh nenek moyang mereka, maka sesiapa yang mencuri atau mengambilnya tanpa mendapat keizinan, pasti akan ditimpa musibah.
Grand Canyon.
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
sumber: utusantv.com
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, Mistik kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply