Pengalaman Ser4m Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat ‘Roadblock’ Tapi Bila Sampai..

Gambar Sekadar Hiasan

Pengalaman Ser4m Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat ‘Roadblock’ Tapi Bila Sampai..

 

Siapa ada pengalaman seram diganggu makhluk ghaib ketika sedang memandu kenderaan di jalan raya? Situasinya pasti bertambah cemas apabila ia berlaku pada waktu malam yang sunyi.
Pengalaman Seram Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat ‘Roadblock’ Tapi Bila Sampai..

Gambar sekadar hiasan

Seperti pengalaman seram yang dikongsikan oleh Naziera Afandi apabila dia dan keluarganya mendakwa diganggu ketika mereka dalam perjalanan dari Kampar ke Kuala Lumpur.

Ketika itu, mereka yang berhenti di sekatan jalan raya mendapati hanya kenderaan mereka sahaja berada di lebuh raya tersebut sedangkan sebelumnya dari jauh keadaan ‘meriah’ dengan kehadiran polis dan beberapa kenderaan lain.

Ikuti kisah seram ini yang dikongsikan dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia seperti di bawah.

Roadblock polis
Kejadian hampir belasan tahun dulu namun masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Kami dalam perjalanan dari Kampar ke Kuala Lumpur untuk menghantar abang saudara pulang ke rumahnya.

Aku ingat lagi, dalam kereta ada berlima termasuk aku yang berumur 5 ke 6 tahun. Jam masih awal, sekitar 10 malam. Jalan agak sunyi, kiri kanan pokok sawit. Kami ambil jalan lama sebelum masuk tol di Tapah.

Dalam keadaan agak sunyi dan gelap tu, tiba-tiba kami nampak kereta banyak di depan, lampu merah menyakitkan mata. “Eh, ada orang accident ke?” kata kami sesama sendiri.

Abang aku yang drive. Makin slow dia bawa. Dah makin hampir dengan kereta yang banyak-banyak tu. Namun di belakang kereta kami masih kosong, gelap dan sunyi.

Setelah semakin hampir, abang dan kakakku yang duduk di hadapan bersuara, “Oh sekatan polislah,”. Kami rasa lega juga. Risaulah kot ada apa-apa kat depan tu.

Dari mata aku memang jelas kelihatan kereta yang jam, lampu biru polis, kon merah, board sekatan polis dan abang-abang polis pun aku nampak. Masih boleh terbayanglah sampai sekarang. Tapi keadaan sekeliling memang gelap, takda bangunan apa pun.

Gambar: Naziera Afandi

Bila tiba giliran kami di sekatan tersebut, Allahu, apa pun tak ada sebenarnya. Seolah-olah telah dipulau dan kembali sedar. Hanya kami satu-satunya kereta berhenti di situ.

Polis ke kereta banyak-banyak ke apa pun takda. Allahuakbar, mengucap panjang kami. Aku terpinga-pinga rasa macam mimpi. Mak dan keluarga aku berpandangan sesama sendiri. Aku yang masih kecil, diam sahaja. tak tahu apa-apa.

Abang segera membaca surah-surah yang terlintas dan berzikirn sambil meneruskan perjalanan. Sehinggalah kami sampai ke Tol Tapah. Alhamdulillah selamat sampai ke KL tanpa ada apa-apa gangguan lagi.

Sumber: Bullettin Media

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Resepi Dapur menyajikan informasi Dunia Islam, sosial, kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini

Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*