
Doktor Palsu Nikahi Hampir 20 Orang Wanita, Semata-mata Ingin K!kis Harta
Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.
Perkahwinan itu sesuatu yang indah buat kebanyakan orang, tetapi ada juga yang berkahwin untuk kepentingan diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan harta dan pangkat.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang berasal daripada India bernama Bibhu Prakash Swain, dikatakan “penipu terbesar,” telah ditangkap oleh polis Odisha, India.
Dalam laporan Gulf Today, Bibhu dalam soal siasat awal mengaku dirinya telah berkahwin dengan 14 orang wanita berpendapatan tinggi, beberapa minggu sebelum dua perkahwinannya yang seterusnya.
Dia didapati telah berkahwin dengan sekurang-kurangnya 27 wanita di 10 negeri di seluruh India dan dia melakukan sedemikan untuk mencuri duit wanita-wanita malang tersebut.
Bank pun dia tipu!
Polis India mengesan Bibhu beberapa bulan kemudian dan mendapati bahawa dia juga menipu 13 bank dan mencuri Rs10 juta (RM 558,300) menggunakan 128 kad kredit palsu.
Cari ‘mangsa’ melalui laman web cari jodoh
Bibhu biasanya mencari mangsanya wanita melalui laman web cari jodoh seperti Jeevansathi.com, Shaadi.com dan Bharatmatrimony.com.
Malah dia juga menyamar sebagai pegawai kerajaan, profesor atau doktor, dia akan mendekati wanita dalam lingkungan usia 40an yang sudah bercerai, bergelut dengan masalah keluarga atau mereka yang ingin melarikan diri dari tekanan masyarakat melalui perkahwinan.
Diantara perkahwinannya itu, Bibhu pernah memberi alasan untuk meminjam wang atau barang kemas isteri baharunya kerana perlu digunakan untuk kecemasan dan selepas menerima habuan seperti diminta, dia kemudian akan mencari mangsa yang seterusnya.
Sehingga kini, dia telah berkahwin dengan 27 wanita tetapi menurut laporan polis, sejarah telefonnya memberitahu bahawa dia sedang berbincang dengan sekitar 70-75 lagi wanita, dengan harapan untuk ‘mengikat simpul’ dengan mereka pada tahun-tahun akan datang.
Sumber: Lobakmerah
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Resepi Dapur tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan Lupa Untuk Follow dan Like Page Kami Di Resepi Dapur, Islam Terkenal, Nasihat & Tazkirah Dan Panduan Hidup Untuk cerita-cerita terkini
Mohon Jasa Baik Tuan, Puan Support Dan Subscribe Chanel YouTube: NAKIR FF GAMING
Leave a Reply